Produk utama kami adalah Batu Buluh atau Batu Tabasheer. Kami menyediakannya dalam bentuk gelang, cincin dan juga loket.
Ini kerana kami mendapatkannya sendiri dari alam semulajadi ini. Terdapat juga pelbagai jenis batu-batu yang kami gali dan terokai sendiri.

Tuesday, December 22, 2009

Cincin Batu Kecubung Hitam




Cincin kecubung hitam ini cantik dan ikatan perak serta kemas buatannya , Size 23
dimaharkan dengan harga Rm 800

Cincin Obsilin




Cincin Obsilin ini diikat dengan ikatan perak dan batunya jernih dan lutsinar, Size 16
Sedia dimaharkan dengan harga Rm 650

Batu Kecubung Biru


Batu kecubung biru asli ini sedia dimaharkan dengan harga Rm350

Monday, December 21, 2009

Batu Besi Leleh




Batu Besi Leleh berlubang tengah serta batu leleh biasa ini sedia dimaharkan sebanyak Rm 140 ( setiap satu )

Sunday, December 20, 2009

Batu Jabbar Muqattam




Batu Jabbar Muqattam ini diperolehi daripada seorang sahabat dari Mekah. Batu ini berasal memang dari Tanah Mekah ingin dimaharkan sebanyak Rm 650

Friday, December 18, 2009

Cincin Batu Kecubung Gunung Jerai


Cincin batu kecubung gunung jerai ini mempunyai jarum perak didalamnya serta seakan2 coral didalam batu ini. Ikatan perak. Size 17 - 18.
Sedia dimaharkan sebanyak Rm 800

Batu Akik Hijau

Batu Akik Hijau ini sedia dimaharkan sebanyak Rm 100 ( kecil ) Rm 200 ( besar )

Teras Batu Kecubung


Teras Batu Kecubung amat jarang ditemui. cuma ada sebiji saja dalam simpanan kami. Mempunyai keunikan warna dan corak dalam batu ini.
Sedia untuk dimaharkan sebanyak RM 450

Batu Akik Berlubang Tengah Bersayap Helang


Batu Akik berlubang tengah dan bersayap helang ini amat jarang2 ditemui ini sedia untuk dimaharkan sebanyak...... ( harga boleh dirunding) ... hubungi kami dengan segera...

Cincin Batu Buluh @ Batu Tabasheer




Cincin Batu Tabasheer ini amat cantik dan halus buatannya, ikatan cincin perak dan berukiran, batu berwarna hijau. Size 17
Maharnya rm350

Thursday, December 17, 2009

Batu Pokok Pine


Batu yang berasal daripada pokok pine ini sedia dimaharkan dengan RM1500


Tuesday, December 15, 2009

Gelang Batu Buluh ( Batu Tabasheer )


Gelang Batu Buluh dipercayai mempunyai khasiat yang berkaitan dengan darah, jantung, paru-paru dan dpat menstabilkan cas-cas elektrik didalam badan.
Maharnya sebanyak Rm3000 ( harga boleh dirunding )

Cincin Delima Merah


Cincin Delim Merah ini diikat dengan perak dan dihiasi dengan batu permata disekelilingnya.
Saiz 22. Maharnya sebanyak Rm2000

Cincin Kecubung Gunung Jerai



Cincin kecubung gunung jerai ini berwarna jernih, lutsinar serta terdapat seakan2 batu coral didalamnya diikat dengan perak. Size 18.
Maharnya Rm 550

Cincin Green Florex ( embun hijau )


Cincin Green Florex ini atau dikenali sebagai embun hijau. Amat cantik, Buatan Halus diikat dengan perak serta dihiasi dengan permata hijau serta putih.
Maharnya sebanyak Rm 2000

Monday, December 14, 2009

Cincin Green Garnet



Cincin Green Garnet amat cantik, Buatan kesenian halus, berwarna hijau serta nampak retakan kaca didalamnya diikat dengan ikatan perak serta dihiasi dengan batu permata hijau di sekelilingnya.
Size 20. Maharnya Rm 1650 ( harga masih boleh dirunding)



Cincin Barrel


Cincin Barrel ini diikat dengan ikatan perak, Cantik, Batu berwarna hijau dan lutsinar. Size 20
Sesiapa berminat maharnya sebanyak RM2000

Sunday, December 13, 2009

Jenis-jenis Batu Dan Penggunaan Dalam Perubatan




Jenis-jenis batu dan penggunaannya dalam perubatan.
Kurang Darah (anemia) = marjan.
Asma=Ambar,cat eye, malacnite.
Masalah Limpa = jade, jasper, blood stone, akik.
Pendarahan = haematite, rock crystal, nilam.
Masalah darah = kecubung, fairuz, Bronchitis pyrite, kecubung, Jarum emas.
Kanser = smokey quartz .
Buta warna = kecubung.
Tekanan = garnet, lapis lazuli, smokey quartz.
Sakit Kepala = lapis lazuli, quartz.
Sukar tidur (insomnia) = kecubung,akik.
Malaria = ambar.
Resdung = pyrite.
Kekejangan = haematite .ulcer = onyx.
Luka = carnelian.
Sengatan biasa = batu besi leleh, batu buluh.
Masalah kulit = obsidian, kecubung hitam.
Masalah usus = yellow jasper, beryl.
Hilang deria rasa = topaz.
Paru-paru = pyrite, fairuz, batu buluh.
Masalah telinga = akik, anyx.
Pelbagai jangkitan = ambar, kecubung, zamrud, opal.
Batuk = marjan.
Tyroid = aquamarine, malacnite.
Osteoporosis = amazonite, marjan.
Masalah saraf = chalcedony, fairuz.
Sembelit = moon stone.
Hilang ingatan = jasper.
Gout,Keseimbangan, Organ = Batu buluh ( tabasheer ).
Mata,Kuning,Kencing manis = zamrud.
Jantung = fairuz, serbuk mutiara.
Buah pinggang, mabuk laut = akik.
Perut, demam = batu buluh, nilam.
Sedative, penenang = nilam, fairuz, delima air.
Sendi, kebas,trauma = opal.
Keletihan = quartz.
Kuat mental, fizikal = delima.
Suhu badan = mutiara.
Sakit haid = serbuk mutiara.
Kulit muka = serbuk mutiara.
Ada sebanyak 137 penyakit yang mana Insya Allah dapat dikurang masalahnya dengan pengalaman batu-batu permata. WAllahu Taala A’la wa A’lam.









Batu Ferus Putih dan Hijau

















BATU PIRUS (TURQUOISE)
Batu Pirus juga dipanggil sebagai "turqouise"dikenali ramai pecinta batu permata sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang menarik dan unik terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi) pula tinggi.
Batu pirus direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs. Ia banyak di jumpai di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara Mexico. Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun keatas. Peminat batu ini begitu teruja dengan pirus kerana keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik dan cantik.
Batu pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya dipasaran ialah pirus berwarna biru atau hijau dari negara Iran yang tidak memiliki jaluran atau corak diatasnya. Khasiat yang menjalari batu istimewa ini dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan minda dan membuka aura kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau rohani. Fidyah untuk batu pirus ialah

Saturday, December 12, 2009

Batu Jarum Emas



BATU JARUM MAS
Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu ia adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum.
Batu jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs. terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya. Nilai Fidyahnya bagi Batu Jarum Mas ialah RM 1500

Batu Delima Merah(Ruby)



DELIMA MERAH (RUBY)
Ruby atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala batu permata atau dikenali sebagai "king of germstone"yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua).
Delima adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs. Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga bekalan batu delima yang berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika selatan, pakistan, Afghanistan, Tanzania dan negara India.
Ruby atau delima merupakan birthstone ataupun batu untuk mereka yang lahir pada bulan Julai. Didalam pengentahuan masyarakat melayu nusantara, Delima merah berada dalam mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari ancaman jahat termasuk sihir, bagi pembesar atau pemerintah, Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan yang menjadikan orang ramai patuh pada pemakainya. Kelebihan Delima merah yang paling masyur dalam masyarakat melayu ialah kebal umum dan bagi golongan peniaga pula dikatakan untuk kekayaan. Nilai fidyah untuk Batu Delima Merah ialah

Batu Zamrud atau Emrald



Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual. Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9. Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi. Zamrud jarang dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling bernilai/ paling tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan mei. walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran.
Pada masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi. Batu zamrud dalam simpanan saya ini akan dibuat pengisian khusus atas nama pemakainya, InsyaALLAH akan memberikan kekuatan, keyakinan, keagungan dan kekuasaan kepada pemilik/ pemakainya. Nilai fidyahnya ialah

Friday, December 11, 2009

Meteor ( Tahi Bintang )


Untuk Renungan...
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi Ulil Al Bab (orang-orang yang berakal); (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.Surah Ali Imran Ayat 190 -191

Batu Tabasheer ( geliga buluh )





















Makna Tabasheer Secara Saintifik ( Online Medical Dictionary ) A concretion in the joints of the bamboo which consists largely or chiefly of pure silica. It is highly valued in the East Indies as a medicine for the cure of billions vomitings : bloody flux, piles and various other diseases .Batu Buluh terhasil akibat pengerasan resin atau garam buluh ( bamboo sap ) yang terjadi di dalam batangnya. Kandungan utamanya ialah organic silika( 80% lebih ) . Digunakan dalam perubatan India dan China sejak berkurun lamanya. Ada kalanya ia dikenali sebagai vegetable opal kerana sesetengahnya adalah keras dan legap( transincent ).Sumber Botanikal: Bambousa arudinacea(Graminnae ),babousa vulgaris dan spesies buih yang lain.Bahagian Digunakan: Batu buluh( Dikenali juga sebagai bamboos ap,tabashir atau pearl opal )Kandungan Silika Organik: 10 kali ganda tumbuhan horsetail.Seorang tokoh perubatan Islam yang bernama Ibnu Sina telah menggunakan batu buluh,ataupun di masa itu ianya sebagai Tabasheer. Pada ketika itu, Ibnu Sina adalah pakar bedah kepada Sultan di Turki. Pada kurun itu juga batu geliga buluh telahpun digunakan di Malaysia dan Indonesia oleh ahli-ahli herba. Mereka menghancurkan batu itu hingga menjadi serbuk yang diberi nama"Mali-Mali Rotan Jer" yang bermakna "Darah Naga Rotan". Dikalangan ahli perubatan, ia dikenali sebagai "Garam Buluh".Pada Kurun ke-18,seorang pelayar menulis mengenai sejenis batu yang mempunyai nilai yang tertinggi terdapat di Malaysia yang mana katanya batu tersebut dapat memberikan kekuatan dan ketahanan tubuh daripada sebarang serangan. Fakta ini telahpun terbukti apabila seorang pahlawan telan menanam batu ini diantara kulit dan isinya lalu beliau pergi berperang.Semasa peperangan,beliau adalah seorang yang kebal. Beberapa orang pelayar Portugis semasa mereka sedang belayar untuk meninggalkan Malaysia telah berpeluang berjumpa dengan mereka yang menjadi kebal setelah memakai batu buluh ini dimana mereka ini enggan menyerah kalah.The Great Kahn menjadi marah lalu memerintahkan agar kesemua mereka itu ditangkap dan dipancung kepada mereka. Namun,sesuatu yang di luar jangkaan telah berlaku. Seramai lapan orang daripada kesemua tahanan tidak boleh dipancung kepalanya, malah untuk melukakan mereka pun tidak mungkin. Setelah disiasat, didapati mereka telah menanam geliga buluh di antara isi dan kulit mereka. Tubuh mereka langsung tidak boleh dilukai dengan sebarang besi. Selepas The Great Kahn mendapat tahu bahawa mereka boleh dibunuh menggunakan belantan kayu, maka beliau telah memerintahkan agar lapan orang tahanan tersebut dipukul dengan belantan kayu hingga mati. Selepas mereka mati, batu2 tersebut telah dicungkil dari badan mayat2 tahanan tadi. Selepas itu, batu geliga buluh tersebut menjadi sangat berharga.Batu geliga buluh juga merupakan ubat yang paling baik untuk penyakit yang bersangkutan dengan mata, demam, sakit dalam perut dan jangkitan paru2, dan penawar sengatan berbisa.Penulis sendiri telah melihat dan memiliki batu geliga buluh asli iaitu dalam bentuk asal dan batu cincin.
"Sesungguhnya tidak Ku jadikan alam ini melainkan dengan NUR MOHAMMAD."
Jenis warna: Hitam, belang2 hijau dan putih
Kandungan: Garam dan air kapur
Tempat ditemui: Hanya ALLAH jua yang maha mengetahui.
Kegunaan UtamaUbat Tenaga Batin( afrodisiak )
Penyejuk Badan( cooling Agent )
Merawat Lelah( asthma )
Menenangkan minda( relaxants )/membersihkan Kesamaran/kekaburan( shadows )Mengurangkan Iritasi( kerengsaan )
Merawat/kesukaran tidur( sleeplessness/imsomnia )
Penawar Bagi Keracunan( antidote )
Penawar Bagi Ilmu Sihir.
Teras geliga buluh ( Ibu Tabasheer )Maharnya ialah dari rm 250 - rm500 setiap satu. Bergantung pada size dan warna batu


kalau benar2 berminat maharnya masih boleh dirunding.