Produk utama kami adalah Batu Buluh atau Batu Tabasheer. Kami menyediakannya dalam bentuk gelang, cincin dan juga loket.
Ini kerana kami mendapatkannya sendiri dari alam semulajadi ini. Terdapat juga pelbagai jenis batu-batu yang kami gali dan terokai sendiri.

Saturday, December 12, 2009

Batu Jarum Emas



BATU JARUM MAS
Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu ia adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum.
Batu jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs. terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya. Nilai Fidyahnya bagi Batu Jarum Mas ialah RM 1500

No comments: